Tuesday, June 16, 2009

Hari ini...

Saya pilih untik berblog dalam Bahasa Melayu.
Takde sebab tertentu. Gatal kut.

Pagi tadi, hal yang teramat lucu berlaku.
Inilah ceritanya. Semalam saya berulang-alik sepanjang Lebuhraya Kerinchi dan tahlah apa nama lebuhraya tu, kerana hari jadi budak yang bernama monyet hampir tiba. Maka, saya pun menunaikan hajatnya untuk menghadiahkan se(simpulan bahasa) CD budak Italiano yang berbahasa Kantonis bernama Soler. Kantoi pusat membeli-belah sebesar The Curve takde CD yang dinayatakan. Terpaksalah saya bertukar arah ke OU. Alhamdulillah…dapat juga akhirnya saya membeli CD tesebut.

Lepas kekecohan itu, saya pun bergegas ke DU untik membeli kek cawan yang (saya rasanya) lama diidami monyet tu. Sementara membeli kek cawan yang comiao sial untuk dia, kegemukan saya yang telah mencapai tahap maximus memaksa minda saya untuk membeli 3 biji kek berwarna-warni tu untuk papa, mama dan saya. Memang tidak dapat dinafikan, anak ni memang baik.

Bangun pagi awal ini, perkara pertama yang saya terfikir adalah kek cawan saya.
Langkah masuk ke dapur nampaklah warna yang comiao dan menarik dari jauh dalam berkas yang mama sediakan. Tapi eh, apasal bekas tu leper sangat?! Cam ne dengan kek cawan saya yang tinggi meninggi dengan bunga bungaan yang teramat cantik tu?!

Hati saya berdengup-dengup. Gambaran yang menyayat hati memintasi minda saya. Saya menghulurkan tangan pendek saya dan memberanikan diri untuk membuka bekas mama.

Cibai. Penyek sial.

Mama pandai. Kata takde bekas setingggi tu.
Suruh saya jilat penutup bekas. Sama saja. *Lagu biola menyedihkan bermain di belakang*

Begitulah cerita saya hari ini, budak sekalian.
Kembalilah minggu hadapan, masa yang sama untuk cerita dongeng yang lebih menarik.

No comments:

Post a Comment